03 Disember 2009

Kembali

Assalamualaikum

Lama blog ini tidak diupdate akibat sibuk dengan beberapa perkara. Isu sekarang ini masih lagi sentiasa berputar-putar dengan isu BTN, tentang doa Nik Ajis dan macam-macam isu lagi yang berbangkit.

Siapa yang sebenarnya terlibat dan mengapa isu ini sentiasa menjadi tatapan umum. Pastinya pihak yang terkena akan berdolak-dalik dan pihak yang satu lagi akan terus menerpakan pelbagai serangan isu walhal beginilah selalunya.

Saya sendiri tidak akan memanjangkan post sejak sekian lama tidak diupdate ini. Sekadar untuk diperbaharui.

TQ

30 Oktober 2009

PR haru biru?

Assalamualaikum

Nampaknya Pakatan Rakyat sekarang ini menghadapi situasi yang tegang. Semalam sahaja, seorang ADUN PR dari PKR membuat keputusan untuk menjadi adun bebas yang menyokong BN. Walaupun MB Selangor mendesak agar beliau meletak jawatan sahaja. Rasanya bukan mudah nak ikut, itu hak setiap orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah semalam mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta-merta. KLIK INI SELANJUTNYA

Pergolakan di Sabah pula, Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan Naib Presiden PKR dan tidak mengumumkan keluar parti cuma ingin terus menjadi ahli. Manakala, Ketua Bahagian PKR Kota Kinabalu, Christina Liew turut sama berbuat demikian. KLIK INI SELANJUTNYA

Makin goyah rasanya, lain lagi yang berlaku kepada PAS. Mungkin kemenangan BN di Bagan Pinang baru-baru ini mengharu birukan parti pembangkang. Itu baru satu kemenangan. Belum lagi yang lain. Cayalah Tan Sri Isa Samad.

Sempat menjenguk beberapa blog pembangkang, tiada isu yang terkini dicoretkan. sudah kekeringan idea agaknya, ada juga blog yang menghentam pihak sendiri yang dulunya disanjung-sanjung dalam penulisan mereka. Biasalah tu. Nak buat macam mana.

Maka bermulanya

Assalamualaikum

Kali pertama membuka blog untuk menulis sesuatu khususnya dunia politik negara yang sudah menjadi-jadi kebelakangan ini. Saya tertarik untuk bersama-sama para penulis blog yang lain dalam menjelaskan sesuatu dan pastinya masing-masing ada persepsi tersendiri. Paling penting adalah persepsi lebih kepada kebenaran bukan setakat membuat tulisan provokasi ataupun menghasut ataupun memfitnah. Jauhkan dari segala ketidaktelusan dalam dunia penulisan walaupun tiada pemeriksa hasil tulisan tetapi apa yang kita tulis pasti akan menjadi tanggungjawab kita sendiri khususnya menjadi tatapan umum.

Mari semarakkan segala isu untuk kebenaran dan kenyataan sebenarnya.


29 Oktober 2009

Manusia baru

Assalamualaikum

Mari kita semua menghangatkan alam maya ini dengan pelbagai isu masa kini baik dalam negara mahupun luar negara.

JOM !